Tuesday 25 February 2014

Perubahan




Wahai sekalian sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu perangai berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat seperti garis panduan Islam.

Buka minda kita, cuba berfikir secara logik, sekiranya kita cuba untuk menutup aurat dengan sempurna, dengan izin Allah, secara perlahan-lahan perangai yang buruk tadi akan turut berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. Sama-sama kita doakan.

Hadirnya aku di sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang aku cintai, sedarlah kita hidup cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal masa mana pun boleh tiba.

Berubahlah sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.

Untuk apa??
Untuk menggapai redha Ilahi.

Untuk siapa??
Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.

Mengapa??
Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.

Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.

Alhamdulillah aku berubah kerana Allah. Allah telah hadirkan seseorang sahabat kepada aku yang walaupun perangai macam ‘rockers’ tetapi dia memakai tudung bulat labuh. SubhanAllah, aku mengagumi kekuatan yang Engkau berikan kepada dirinya.Lantas mindaku berputar ligat berfikir, “Dia boleh berubah, kenapa tidak aku?”

Aku mengumpul segala kekuatan, berubah kerana Allah, Allah lah yang menciptakan sekalian makhluk, kenapa tidak kita berkorban kerana-Nya?

Sungguh banyak nikmat yang diberikan, tidakkah kita rasa betapa sayangnya Dia pada kita.

Diri ini bukanlah sempurna sangat tapi mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan aku cuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit. Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, bukan membalut aurat.



Pilih yang mana satu :)

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik