Sunday 30 March 2014

Jejak Menara YADIM 2014 @ UIA Gombak



Alhamdulillah, selamat sudah mengikuti program Jejak Menara YADIM bagi negeri Selangor @ UIA Gombak :) Feel so good meet the icon there.

Niat nak jumpa kak Dena Bahrin tercapai jugak. Alhamdulillah.
korang kenal siapa kak Dena Bahrin??
kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh selongkar laman sosial Dena Bahrin .
BLOG : http://denakamarulbahrin.blogspot.com/
GOOGLEPLUS : https://plus.google.com/102358939351412324883/posts
TWITTER : https://twitter.com/DenaBahrin
FACEBOOK : https://www.facebook.com/nur.dianah.71?fref=ts
INSTAGRAM : http://instagram.com/denabahrin
YOUTUBE : http://www.youtube.com/user/TheMissdena
Actually Dena Bahrin starting famous apabila video dia dilamar suaminya tersebar dan trending sekejap dikalangan rakyat Malaysia yang rajin surfing internet. Tapi ramai juga yang tak tahu pasal Dena Bahrin ni. Takpe, kita kenal dia sikit-sikit eh 





Back to the original topic. (◕^^◕)


Program ini dianjurkan oleh YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) bagi mendedahkan kepada pelajar2 lepasan SPM , STPM, STAM tentang budaya kehidupan di IPTA/IPTS. Selain itu, bual bicara secara santai bersama Ikon Jejak Menara iaitu Farrah Adeeba, Dena Bahrin dan Razin Mestica  bagi berkongsi pendapat serta pengalaman mereka dalam kehidupan di menara gading. Ketiga2 mereka ini adalah bekas dan penuntut di UIA/IIUM Gombak. Dena Bahrin kini berada di tahun 2.

Banyak nasihat dan pengalaman yg dikongsi dan boleh dijadikan ingatan serta pedoman buat kami. 

Majoriti peserta yang hadir adalah pelajar lepasan SPM dan CFS UIA sendiri. Kami yang STPM ni, alahai berapa kerat je. huhu
terasa tua pula ..huhu

Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 700 orang peserta pada hari itu. Secara keseluruhannya, program itu turut membuka ruang kepada peserta yang hadir utntuk mengenali UIA dengan dengan lebih dekat kerana program yang diadakan dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini terlalu bersangkut paut dengan UIA. Mostly, peserta yang datang juga, bukan calang2 murid. Hampir kesemuanya dari sekolah yang berprestij dan tinggi nilai agama dalam diri mereka. Ada yang datang dari sekolah menengah agama atau sekolah menengah sains dari Pahang, Ipoh, Banting, Kuala Lumpur dan banyak tempat lagi. 



700 orang peserta program Jejak Menara. Diriku terselit ditengah2 tu hehe


Inilah Ikon Jejak Menara, Gambar yang Bawah dari kiri bertudung biru: Dena Bahrin, Farrah Adeeba, Hujung sekali berkot kelabu adalah Razin Mestica.



Berkobar2 semangat adik2 ni nak masuk UIA. ^^ 
Diriku ini dan kawan ku Anis turut terasa terpanggil nak menjejak kaki di UIA sebagai student degree nanti. In shaa Allah Aamiin.
Sedikit titipan kenangan diriku dan sahabatku anis :) sebelum melangkah keluar dari tempat gedung Ilmu Islam itu.








。◕‿◕。


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik