Thursday 19 June 2014

Temuduga Pendidikan Awal Kanak-Kanak



Hai,.. (
^^) Hari ini, saya pergi ke Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tg.Malim Perak. Setelah lulus ujian MEdSI pada 23/5/2014 iaitu hari Jumaat yg lalu saya dapat tawaran temuduga untuk program Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Alhamdulillah, tuah badan
Saya dapat sesi temuduga sebelah petang iaitu pada jam 2-5 ptg di Fakulti Pendidikan  dan Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah,Proton City. Pada hari itu, saya bertolak dari rumah dgn menaiki KTM bersama mama sy. Tak diduga juga, mama saya sakit tapi dia tetap teman sy pergi temuduga. Serba salah saya dibuatny. Betullah org kata, 


“Kasih ibu tanpa sempadan”



Btw, apa yg saya nak kongsikan disini adalah pengalaman temuduga saya. Sebelum pergi temuduga saya telah buat banyak research tentang program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, majority kata semasa temuduga panel penemuduga akan suruh kita menyanyi. So, sy dh bersiap sedia dgn sebuah lagu kanak-kanak .

♬ Tanya Sama Pokok Apa Sebab Goyang.. ♬

Sebelum masuk ke bilik temuduga, anda semua akan dibariskan mengikut no giliran, dokumen penting dan sijil akan di cek oleh petugas yg akan mengurus anda sebelum masuk ke bilik temuduga serta anda akan diminta mengisi satu borang maklumat diri anda. 


Sementara menunggu giliran, saya pun beramah mesra dgn org sebelah, kebetulan kami kongsi minat yg sama iaitu nak ambil psikologi. Setelah hampir 1 jam menunggu, sampailah giliran saya. Hanya Allah yg tahu betapa gementar ny diri sy. 30 minit sebelum tu, sempat saya alunkan zikir2,selawat nabi, doa penerang hati dan surah Al-Insyirah.  Adik2 semua, amalkan selalu sebelum memulakan sesuatu bicara, In shaa Allah lancar tutur bicara adik2, dan hilang resah adik2. ☺Ini yang selalu akak amalkan dan tips yg akak dapat berikan.



Setelah itu, bermulalah sesi temuduga saya yang tak sampai 10 minit pun. huhu


Sebelum masuk, pastikan adab2 adik dijaga tau, serta pastikan kekemasan diri adik2 ye. Yakin diri, lantang bersuara, jawab jika disoal, mencuba dgn yakin, dan senyum selalu J Yela, guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak perlu mesra.



Antara soalan yg ditanya oleh penemuduga itu:

Perkenalkan diri anda dan latar belakang keluarga anda. Kadang2 penemuduga akan bertanya sambil berborak dengan anda. Suasana seperti santai, tapi anda perlu jaga etika anda juga jgn terlalu seronok.

Program apa yg anda pilih? ( jwb kos yg kita dpt temuduga itu)

Kenapa pilih program in? Suka kanak2?

Kalau nak jadi guru tadika, ciri apa yg perlu ada pada guru tersebut?

Cuba menyanyi.. (apa2 lagu kanak2)

Cuba bercerita..( Tips: Gunakan bahasa yg mudah sebab kita bercerita pd kanak2 bukan remaja)

Speaking. Penemuduga akan tengok result SPM lebih utama berbanding MUET. Tapi tak bermakna muet tak tgk lngsung . Tajuk speaking  yg diberi ‘My Favourite Teacher’. So try to do the best. 

Soalan akan dibuka pada kita untuk tanyakan apa2 pada penemuduga. So gunakan kesempatan yg ada untuk bertanya.

Itu antara soalan yg ditanya pada saya.. tapi yg pasti setiap panel lain2 soalannye, berdasarkan program yg diambil serta pilihan soalan yg ingin diberi.

Alhamdulillah,. Saya dapat panel penemuduga yg baik dan saya rasa sgt berpuas hati dgn penemuduga tersebut. Seronok setelah keluar bilik temuduga tersebut, masa nak masuk mcm nak takbir, keluar,perasaan beban yg digalas tu hilang seronok sgt.  Btw good luck utk siapa yg akan temuduga program Pendidikan Awal Kanak-Kanak2 ni.
.



6 comments:

  1. assalamualaikum.
    sy dpt ujian MEDsi utk degree pend. awal kanak kanak... ujian medsi tu hanya menjawab 300 soalan je ke pastu tamat sesi ujian? sy keliru sbb sy search byk blog yg cerita ttg ujian medsi pastu dalam masa yg sama sesi temuduga...

    ReplyDelete
  2. selamat petang,saya akan temuduga untuk pendidikan awal kanak-kanak pada bulan ini. Bolehkah saya tanya ciri apa yg perlu ada pada guru tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! saya pun ada interview pakk jugak. 5hb 1 :)
      btw goodluck!

      Delete
  3. Ya kak, boleh saya tahu apa ciri-ciri guru?

    ReplyDelete
  4. hai..menarik sharing dik..akak jus nak share jika ade yg berminat utk memasuki diploma PAKKdi kl...under UPSI ni.bole wsp sis segera 011-16930576-syarat amat mudah dan tempat dijamin..hostel dan kemudahan lain..apa2 silakanla wsp sis bantu bg info..

    ReplyDelete

 
Images by Freepik