Pertumbuhan dan
perkembangan manusia atau penyuburan manusia adalah fokus kajian bidang
psikologi perkembangan. Ahli psikologi
perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba
melihat kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan
persekitaran. Mereka sering cuba menentukan secara empirikal sama ada baka atau
persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan
manusia. Perdebatan ini masih berterusan hingga ke hari ini.
Perkembangan
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang
bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas
berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal, contohnya,
perubahan pada rambut manusia daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi
putih pada peringkat akhir dewasa. Perkembangan ialah aspek perubahan yang
dialami oleh individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tapi jelas
kelihatan berubah melalui peredaran masa.
Contohnya, semasa berumur 4 tahun. Fatin belum boleh melukis seekor
kucing tetapi pada usia 7 tahun, dia dapat membuat perkara tersebut.
Pembelajaran boleh berlaku sebab Fatin telah mengalami perkembangan dari segi
kognitif (mencapai peringkat kesediaan yang sesuai) dan terdapat kesediaan otot
tangan (perkembangan psikomotor).
Ciri-ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak
Pertumbuhan manusia dapat
dilihat serta diukur melalui edaran masa dan bersifat kuantitatif.
Contohnya berat seorang bayi ketika lahir ialah 2.7 kg. setahun kemudian,
beratnya bertambah menjadi 4 kg. dan dia semakin tinggi serta tubuhnya menjadi
lebih berat.
Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza antara seorang
individu dengan seorang individu yang lain. Contohnya kita lihat pertumbuhan
gigi dua orang budak iaitu Ali dan Fatin, Ali lebih cepat tumbuh gigi iaitu
ketika berumur 7 bulan dan Fatin pula tumbuh gigi ketika berumur 9 bulan.
Kadar pertumbuhan berbeza di antara lelaki dan perempuan.
Biasanya kanak-kanak perempuan akan mengalami pertumbuhan yang lebih cepat dua
tahun daripada kanak-kanak lelaki yang sama umur dengannya sebelum akil baligh
( Conger, J.J & Galambos N.L., 1997 ms 57 ). Selepas akil baligh pula
kanak-kanak lelaki akan mengalami perubahan fisiologi yang pesat dan akan
mencapai aras pertumbuhan yang hampir sama dengan rakan perempuan yang sama
umur. Selepas mencapai kematangan fizikal, pertumbuhan keduanya dari segi
fizikal akan terhenti.
Anggota yang berlainan
mengalami kadar pertumbuhan yang berbeza.
Misalnya pada peringkat tian (fetus), tangan yang merupakan puntung yang bulat
terbentuk lebih dahulu. Kemudian ia akan bertumbuh menjadi lebih panjang dan
akhirnya jari-jari pula terbentuk. Selepas lahir, organ di bahagian kepala akan
lebih dahulu bertumbuh, diikuti oleh bahagian tengah badan dan seterusnya kaki.
Corak pertumbuhan
adalah unik antara seorang individu dengan individu yang lain tetapi pada
asasnya adalah sama. Setiap individu pada asasnya akan mengalami tumbuh gigi
atau mula bercakap. Tetapi masa yang dicapai untuk tumbuh gigi atau mula
bercakap bila berumur 15 bulan dan Ah Kow pula mula bercakap bila berumur 18
bulan.
Pertumbuhan merupakan satu
proses perubahan yang berlaku dalam berbagai-bagai sifat seperti saiz, tinggi
dan struktur. Contohnya individu akan mengalami pertambahan tinggi yang
mendadak bila saja memasuki alam remaja. Perkembangan yang cepat ini dikenali
sebagai ‘lonjakan’ pertumbuhan (growth
spurt).
Dalam kalangan lelaki dan
wanita, lonjakan pertumbuhan ini mengambil masa dalam 4 ½ tahun. Biasanya di
kalangan remaja perempuan lonjakan tinggi bermula sejak umur 11 tahun dan
lelaki sejak 13 tahun. Lonjakan pertumbuhan ini akan berakhir bila individu
berumur di antara 15 hingga 17 tahun. Dari segi saiz pula, lilitan dada remaja
lelaki akan menjadi lebih besar daripada lilitan pinggulnya. Sementara di
kalangan remaja wanita pula ukuran lilitan pinggul akan menjadi lebih besar
daripada lilitan dadanya .
Pertumbuhan individu akan
berlaku dengan pesat bila dia mencapai peringkat akil baligh di mana perempuan
akan mengalami kedatangan haid dan lelaki pula mengalami pemancaran air mani
pertama melalui mimpi atau akibat keghairahan. Selepas ‘peristiwa’ tersebut di
atas pertumbuhan tinggi dan berat badan remaja akan melonjak dengan cepat.
Pertumbuhan adalah terbatas bergantung pada kematangan. Aspek pertumbuhan seseorang akan berhenti bila
mencapai kematangan. Ini terutamanya yang melibatkan pertumbuhan fizikal
seperti tinggi, berat, tumbesaran otak, sistem saraf dan system endokrina.
Proses pertumbuhan sesuatu
organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi. Walaupun potensi pertumbuhan ditetapkan oleh
baka tetapi boleh juga dipengaruhi oleh persekitaraan.