Wednesday 29 October 2014

Peringkat Perkembangan Manusia Berdasarkan Perspektif Teori (Teori Perkembangan Kognitif Piaget) ...



Peringkat Perkembangan Manusia Berdasarkan Perspektif  Teori

Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada empat dimensi utama iaitu, perkembangan kognitif, perkembangan emosi, perkembangan moral dan perkembangan sosial.  Perubahan perkembangan berlaku secara peringkat demi peringkat. Tokoh-tokoh terkemuka yang mengkaji psikologi perkembangan kanak-kanak terdiri daripada
Jean Piaget (kognitif), Arnold Gesell (psikomotor), Erik Erikson (psikososial), Lawrence Kohlberg (moral) dan Sigmund Freud (psikodinamik).


Peringkat-Peringkat Perkembangan Manusia
Jangka masa hidup
Umur/masa
1. Pralahir
Mengandung hingga lahir
2. Bayi (Infancy)
2 tahun pertama
3. Awal kanak-kanak (toddlehood)
2 – 3 tahun
4. Pra sekolah (awal persekolahan)
4 – 6 tahun
5. Kanak-kanak pertengahan
6 – 11 tahun
6. Remaja awal
12 – 14 tahun
7. Remaja pertengahan dan akhir
15 – 22 tahun
8. Dewasa awal
22 – 34 tahun
9. Dewasa pertengahan
34 – 59 tahun
10. Dewasa akhir
60 – 75 tahun
11. Tua
75 tahun ke atas



Teori Perkembangan Kognitif Piaget

[J.piagat.bmp]
Jean Piaget (1896-1980)

Teori perkembangan kognitif Piaget mencadangkan empat peringkat perkembangan kognitif bagi kanak-kanak.  Piaget berpendapat setiap peringkat berbeza dari segi kuantiti informasi, kualiti pengetahuan dan kefahaman.  Piaget juga berpendapat perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan mencapai peringkat kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan.

Empat peringkat perkembangan kognitif tersebut ialah :
1.   Peringkat sensorimotor ( dari lahir hingga 2 tahun)
2.   Peringkat praoperasi (2-7 tahun)
3.   Peringkat operasi konkrit ( 7-12 tahun)
4.   Peringkat operasi formal ( 12 tahun hingga dewasa)




Jadual : Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

Peringkat
Umur
Ciri-ciri
Sensori
Motor
0 - 2
Tahun
-       Boleh meniru dan mengingati benda-benda
-       Mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud walaupun ianya disembunyikan
-       Bersifat egosentrik
Pra
Operasi
2 – 7
Tahun
-       Mula mengguna bahasa secara sedikit demi sedikit
-       Boleh mula berfikir menggunakan bentuk-bentu simbol

Operasi
Konkrit
7 – 11
Tahun
-       Boleh menyelesaikan masalah yang konkrit
-       Boleh memahami konsep pemuliharaan
-       Boleh membuat pengkelasan
Operasi
Formal
11 atau 12
Tahun
Ke atas
-       Boleh enyelesaikan masalah yang abstrak
-       Menjadi lebih bersaintifik dalam cara pemikiran
-       Merasa bimbang tentang isu sosial dipersekitarannya

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik