Prinsip-prinsip
Pertumbuhan dan Perkembangan
Pertumbuhan dan
perkembangan manusia sama ada pralahir atau selepas lahir mengikut arah tertentu
· Cephalocaudal -
daripada kepala ke kaki
· Proximodistal -
daripada tengah ke tepi
Pertumbuhan manusia sama ada
pralahir atau selepas lahir bermula daripada kepala ke kaki (cephalocaudal),
contohnya apabila sel anak terbentuk, bahagian kepala akan mula terbentuk
diikuti badan dan kaki. Selepas lahir pula, bila kanak-kanak mula meniarap dia
akan cuba mengangkat kepalanya terlebih dahulu, selepas itu dia akan
menggerakkan tangan ke hadapan mengheret badan dan kakinya.
Pertumbuhan bermula daripada
tengah ke tepi (proximodistal) bermaksud bahagian dada lebih dahulu bertumbuh
daripada kedua tangan atau bahagian abdomen akan dahulu bertumbuh daripada
kedua kaki. Pertumbuhan bermula daripada
umum kepada khusus bermaksud anggota dan otot badan kanak-kanak pada mulanya menggunakan
otot kasar, kemudian otot halusnya. Kesannya
kepada kebolehan psikomotor kanak-kanak yang boleh menggenggam sesuatu sebelum
boleh menggunakan jari-jarinya untuk memicit dan mencungkil patung itik
mainannya.
Corak dan susunan
perkembangan yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza
mengikut individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada
umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Begitu juga
kadar menguasai kemahiran seperti membaca atau bermain bola berbeza dari
individu ke individu lain walaupun diajar oleh guru dalam kelas yang sama.
Perkembangan
anggota-anggota badan berkaitan saling mempengaruhi
antara satu sama lain. Di
dalam permainan badminton, untuk
melakukan servis dengan betul, seseorang pemain, otot-otot kasar dan
halus sudah cukup matang, koodinasi mata dan tangan yang baik, disamping
mencapai tahap perkembangan kemahiran tersebut.
No comments:
Post a Comment