Teori Tugas
Perkembangan Havighurst
Robert J.
Havighurst telah di lahrkan pada 5 Jun, 1900. beliau menerima ijazah Ph.D.
dalam bidang Kimia pada tahun 1924 daripada Universiti Ohio. Dia telah mengubah
haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan
setelah menjadi guru Sains di Sekolah Tinggi dan Maktab. Pada tahun 1974, dia
telah diberi gelaran ‘Professor Emiritus
in Development and Education’, iaitu paad tahun dia bersara di sebabkan
oleh sumbangannya yang banyak dalam pendidikan. Beliau telah menghuraikan
konsep tugas perkembangan dalam bukunya ‘Human
Development and Education’ yang
diterbitkan pada tahun 1953.
Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang
tingkahlaku yang sepatutnya di kuasai oleh seseorang individu pada peringkat
umur tertentu (Atan Long, 1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas
perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh
individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.
Havighurst telah
menyenaraikan 42 tugas perkembangan dalam kehidupan seseorang individu seperti
dalam rajah 2.2 (di ubahsuai dari Newman & Newman, 1997). Robert
Havighurst menekankan bahawa
perkembangan sesorang kanak-kanak amat di pengaruhi alam sekitarnya.
Dalam kehidupan
kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, harus memenuhi atau mencapai
tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di
mana individu tersebut tinggal. Jika seseorang individu dapat mencapai
tugas-tugas perkembangan, dia akan berasa berjaya dan gembira. Sebaliknya jika
dia gagal mencapai tugas perkembangan, dia akan berasa kecewa dan menerima
pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang signifikan dalam hidupnya.
Walau bagaimanapun
tugas asas pada zaman ini berlainan daripada yang telah dikenal pasti oleh
Havighurst. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang dikuasai dari aspek
fizikal, kognitif social dan emosional. Contohnya pada tahap sekolah rendah
lagi kanak-kanak perlu menguasai kemahiran memanipulasi computer untuk termasuk
di kalangan murid cerdas. Konsep murid cerdas dewasa ini termasuk murid yang
cerdas komputer.
No comments:
Post a Comment