Wednesday 29 October 2014

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Lawrence Kohlberg

Kohlberg(1927 – 1987)  membesar di Bronxville, New York dan mendapat pendidikan di Akademi Andover di Massachusetts, iaitu sebuah sekolah tinggi persendirian yang mementingkan akademik, Dia tidak terus pergi ke kolej, sebaliknya dia pergi menolong orang-orang  Israel dengan berkhidmat sebagai jurutera kedua dalam sebuah kapal yang mengangkut pelarian Eropah melalui kepungan British ke Israel. Selepas itu, dalam tahun 1948, Kohlberg mendaftar di University Chicago tempat dia mendapat markah yang sangat tinggi dalam ujian kelayakan. Ini membolehkan beliau mengambil jumlah kursus yang sedikit untuk mendapatkan ijazah sarjananya yang dilakukannya dalam masa setahun. Beliau terus menetap di Chicago untuk melakukan kerja selepas ijazah dalam bidang psikologi kerana beliau bercadang untuk menjadi ahli psikologi klinikal pada masa itu, Namun demikian, tidak lama kemudian timbul minat beliau terhadap Piaget dan beliau mula menemu ramah kanak-kanak dan remaja menganai isu-isu moral. Ini seterusnya menjadi disertasi kedoktoran beliau, iaitu persembahan pertama peringkat teori barunya. Kohlberg mengajar di University Chicago dan tahun 1962 hingga 1968, dan seterusnya di University Harvard dari 1968 sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1987.
   
Kohlberg memfokuskan kajiannya kepada perkembangan moral dan menyediakan suatu teori peringkat penaakulan moral yang terdiri daripada tiga aras dan enam peringkat.  Pada setiap tahap penaakulan moral terdapat pertimbangan-pertimbangan moral yang berbeza:

·Tahap 1: Penaakulan Moral Pra-konvensional
                 Pertimbangan berdasarkan keperluan individu  dan peraturan orang lain
·Tahap 2: Penaakulan Moral Konvensional
                 Pertimbangan adalah berdasarkan persetujuan orang lain, harapan keluarga, nilai tradisional,                          undang-undang masyarakat, dan kesetiaan kepada Negara.
·Tahap 3 : Penaakulan Moral Pos-Konvensional
Pertimbangan adalah berdasarkan Perjanjian Sosial dan Prinsip Etika Universal




Jadual : Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg
Aras
Peringkat
Keterangan

1. Moraliti
    Prakonventional

1. Pelbagai moraliti.


2. Tujuan individu menjadi      
     alat dan pertukaran

Buat apa yang patut untuk mengelakkan hukuman.

Buat apa yang betul sebab ianya adil.


2. Moraliti
    Konvensional

3. Saling berhubungan 
    kehendak interpersonal 
    dan pengesahan

4. Kesedaran dalaman dan 
    sistem sosial

Buat apa yang betul kerana ianya dikehendaki oleh ibu bapa, guru dan masyarakat.

Buat apa yang betul kerana tugas atau mematuhi undang-undang.


3. Moraliti
    Poskonventional
5. Kemudahan atau kontrak
    sosial dan hak individu


6. Prinsip sejagat dan etika
Buat apa yang betul sebab kebajikan dan perlindungan awam

Buat apa yang ebtul sebab prinsip etika pilihan sendiri.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Erik Erikson

Erik Erikson pengikut psikoanalisis telah mengemukakan lima prinsip perkembangan psikososial manusia:
(1)  Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
(2)  Perkembangan bergantung tindak balas kepada keperluan asas.
(3)  Perkembangan mengikut tahap tertentu
(4)  Setiap tahap ada konflik, mesti diatasi untuk ke tahap berikutnya.
(5)  Jika gagal atasi konflik akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Menurut Erikson, terdapat lapan peringkat perkembangan sosioemosi manusia daripada zaman bayi kepada peringkat tua.  Setiap peringkat timbul tingkah laku positif dan negatif  yang membawa masalah penyesuaian psikologikal kerana konflik emosi.

Jadual : Lapan Peringkat Perkembangan Sosioemosi Erikson

Peringkat
Umur
Ciri-ciri
kepercayaan iawan ketidak- percayaan

0 – 1.5 tahun
(bayi)
·         Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama
·         Bina rasa kepercayaan secara peringkat
·         Bina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi
·         Ketidakpercayaan akan terbentuk tingkah laku negatif

Autonomi lwn malu/ragu

1.5 – 3 tahun
(awal kanak-kanak)
·         Ingin milik kuasa
·         Ingin buat sesuatu dengan daya usaha sendiri
·         Rasa malu jika tidak diberi kuasa
·         Rasa malu di depan orang
·         Rasa takut melakukan kesalahan

Inisiatif lawan serba salah

3 – 6 tahun
(Awal kanak-kanak tadika
·         Belajar cepat
·         Bergerak cepat
·         Peka kepada yang betul dan salah
·         Rasa serba salah jika diketawa
·         Bina sikap negatif jika rasa serba salah

Kerajinan lawan kompleks rendah
6 – 11 tahun
(kanak-kanak)
·         Ingin kuasai sesuatu
·         Ingin berjaya
·         Kuasai kemahiran asas fizikal dan sosial
· Perlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap tugas yang disempurnakan
·         Rasa kompleks rendah diri jika dikritik

Identiti lawan kekeliruan identiti

12 – 20 tahun
(Remaja)
·         Cuba fahami diri
·         Hadapi krisis identiti
·   Sensitif kepada perubahan badan dan imej kendiri
·         Bentuk konsep kendiri positif dan negatif
·       Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat-peringkat dahulu

Keahlakan lawan pengasingan diri

20  -  40 tahun
(Dewasa)
·      Kebolehan untuk membina rasa sayang, harapan dan penerimaan kepada orang lain.
·        Berkebolehan untuk bina hubungan dgn individu lain bila ada rasa keyakinan dan fahami diri sendiri.
·         Rasa murung, menyendiri bila tidak dapat bina hubungan dengan individu lain
Generativiti lawan pemusatan kendiri

40  -  60 tahun
(Akhir dewasa)
·        Kebolehan untuk beri sumbangan kpd masyarakat dan diri sendiri. Sumbangan dalam bentuk produktiviti dan dapat pengiktirafan drp masyarakat.
·        Gagal beri sumbangan individu rasa bosan, self indugen
Kesepaduan lawan putus asa

60 tahun ke atas
(Tua)
·         Individu yang ada intergriti rasa aman, puas hati dengan apa yang telah dicapai dalam hidupnya. Kebolehan untuk berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat.
·         Individu yang tidak capai matlamat hidup, gagal buat keputusan yang terbaik, hidup kucar-kacir akan rasa putus asa.

Teori Tugas Perkembangan Havighurst



Teori Tugas Perkembangan  Havighurst         
    
Robert J. Havighurst 


Robert J. Havighurst telah di lahrkan pada 5 Jun, 1900. beliau menerima ijazah Ph.D. dalam bidang Kimia pada tahun 1924 daripada Universiti Ohio. Dia telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah menjadi guru Sains di Sekolah Tinggi dan Maktab. Pada tahun 1974, dia telah diberi gelaran ‘Professor Emiritus in Development and Education’, iaitu paad tahun dia bersara di sebabkan oleh sumbangannya yang banyak dalam pendidikan. Beliau telah menghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya ‘Human Development and Education’ yang diterbitkan pada tahun 1953.  

Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkahlaku yang sepatutnya di kuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu (Atan Long, 1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.

Havighurst telah menyenaraikan 42 tugas perkembangan dalam kehidupan seseorang individu seperti dalam rajah 2.2 (di ubahsuai dari Newman & Newman, 1997). Robert Havighurst  menekankan bahawa perkembangan sesorang kanak-kanak amat di pengaruhi alam sekitarnya.

Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal. Jika seseorang individu dapat mencapai tugas-tugas perkembangan, dia akan berasa berjaya dan gembira. Sebaliknya jika dia gagal mencapai tugas perkembangan, dia akan berasa kecewa dan menerima pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang signifikan dalam hidupnya.


Walau bagaimanapun tugas asas pada zaman ini berlainan daripada yang telah dikenal pasti oleh Havighurst. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang dikuasai dari aspek fizikal, kognitif social dan emosional. Contohnya pada tahap sekolah rendah lagi kanak-kanak perlu menguasai kemahiran memanipulasi computer untuk termasuk di kalangan murid cerdas. Konsep murid cerdas dewasa ini termasuk murid yang cerdas komputer.

Teori Perkembangan Psikomotor Arnold Gesell



Teori Perkembangan Psikomotor Arnold Gesell


Arnold Gesell
Arnold Gesell (1880-1961) merupakan seorang ahli psikologi yang mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Beliau mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama menentukan proses pembelajaran. Kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-kanak sampai ke titik dan peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Misalnya semasa berumur 4 bulan, Ali telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya ialah duduk dan mula belajar berdiri.

Gesell telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku (perkembangan motor). Dua buah buku Gesell yang penting ialah “An Atlas of Infant Behavior” dan Infant and Child in Culture of Today”. Buku-buku lain, ‘The First Five Years’, ’Children from 5-10 Years Old’ dan ‘ Adolescents’.

Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza di antara seorang individu dengan individu lain. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap individu. Menurut beliau, kanak-kanak sebelum berumur 2 tahun, tidak berkebolehan melukis bulatan dan garisan melintang. Tetapi semasa berumur 2 hingga 4 tahun mereka boleh melakukannya dengan mudah. Semasa berumur  tahun, kanak-kanak belum berkebolehan menyalin rajah berlian. Setiap kali sesorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan baru (awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan sebagainya), dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperamen, intelektual dan sikap. Beliau juga menegaskan lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya.


Jadual : Peringkat-Peringkat Perkembangan Motor Gesell

Peringkat
Ciri-ciri Perkembangan Tingkah laku
Peringkat pertama
(0 – 1tahun)
- 1 bulan – menghasilkan tangisan berbeza untuk menyatakan kehendak        berlainan seperti tangisan lapar adalah berlainan daripada tangisan ketika    lampinya basah.
- 4 bulan – mata bayi boleh mengikuti objek yang bergerak.
- 6 bulan – bayi boleh menggenggam objek.
- 7 bulan – boleh duduk dan merangkak 12 bulan – berdiri dengan
  berpaut pada kerusi.
Peringkat kedua
(1 – 2 tahun)
- Mula jalan bertatih atau dibantu oleh pengasuhnya
- mula memahami makna ‘ jamham’
- 2 tahun – boleh berjalan
Peringkat ketiga
(2 – 3 tahun)
- boleh makan sendiri
- bercakap menggunakan ayat mudah , boleh berlari.
Peringkat keempat
(3 – 4 tahun)
- boleh menunggang basikal beroda tiga
- boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa.
Peringkat kelima
(4 – 5 tahun)
- mula bersosialisasi
- mengemukakan soalan berperingkat-peringkat
- bersedia untuk ke kelas pra sekolah

Peringkat Perkembangan Manusia Berdasarkan Perspektif Teori (Teori Perkembangan Kognitif Piaget) ...



Peringkat Perkembangan Manusia Berdasarkan Perspektif  Teori

Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada empat dimensi utama iaitu, perkembangan kognitif, perkembangan emosi, perkembangan moral dan perkembangan sosial.  Perubahan perkembangan berlaku secara peringkat demi peringkat. Tokoh-tokoh terkemuka yang mengkaji psikologi perkembangan kanak-kanak terdiri daripada
Jean Piaget (kognitif), Arnold Gesell (psikomotor), Erik Erikson (psikososial), Lawrence Kohlberg (moral) dan Sigmund Freud (psikodinamik).


Peringkat-Peringkat Perkembangan Manusia
Jangka masa hidup
Umur/masa
1. Pralahir
Mengandung hingga lahir
2. Bayi (Infancy)
2 tahun pertama
3. Awal kanak-kanak (toddlehood)
2 – 3 tahun
4. Pra sekolah (awal persekolahan)
4 – 6 tahun
5. Kanak-kanak pertengahan
6 – 11 tahun
6. Remaja awal
12 – 14 tahun
7. Remaja pertengahan dan akhir
15 – 22 tahun
8. Dewasa awal
22 – 34 tahun
9. Dewasa pertengahan
34 – 59 tahun
10. Dewasa akhir
60 – 75 tahun
11. Tua
75 tahun ke atas


Faktor-Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak

Faktor-Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terdiri daripada dua, iaitu baka (nature)  dan persekitaran (nuture).  Baka atau persekitaran, manakah faktor yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia?  Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya.  Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.  Alasannya ialah bergantung kepada beberapa aspek.

Pengaruh baka
Baka merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan yang diwarisi daripada sifat-sifat genetik keluarga ibu dan ayah.  Maka, individu akan mempunyai sifat-sifat ibu dan ayahnya.  Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (gen dominan dan gen resesif). Tahap kesihatan kanak-kanak juga dipengaruhi oleh status kesihatan ibu bapa, seperti penyakit bawaan keturunan seperti diabetis, darah tinggi atau kekerdilan.  Temperamen atau emosi seseorang juga boleh diperkaitkan dengan pengaruh baka. Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi oleh keturunan berbanding dengan faktor persekitaran.


Walaupun baka mengehadkan pertumbuhan dan perkembangan,  persekitaraan boleh memaksimakan potensi pertumbuhan dan perkembangan seseorang.  Contohnya, ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan dan intervensi persekitaran seperti latihan fizikal yang intensif. 

Pengaruh persekitaran
Faktor persekitaran merupakan faktor yang datang dari luar diri individu seperti pranatal dan posnatal,  pemakanan, keluarga, persekitaran sekolah dan pengaruh rakan sebaya.

Persekitaran di mana seseorang individu membesar dan berkembang adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu itu.  Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan. (Morrison , 2001) menyatakan faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison, m.s 193 – 195).

Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan




Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan manusia sama ada pralahir atau selepas lahir mengikut arah tertentu
·  Cephalocaudal  -  daripada kepala ke kaki
·  Proximodistal  -  daripada tengah ke tepi  
Pertumbuhan manusia sama ada pralahir atau selepas lahir bermula daripada kepala ke kaki (cephalocaudal), contohnya apabila sel anak terbentuk, bahagian kepala akan mula terbentuk diikuti badan dan kaki. Selepas lahir pula, bila kanak-kanak mula meniarap dia akan cuba mengangkat kepalanya terlebih dahulu, selepas itu dia akan menggerakkan tangan ke hadapan mengheret badan dan kakinya.

Pertumbuhan bermula daripada tengah ke tepi (proximodistal) bermaksud bahagian dada lebih dahulu bertumbuh daripada kedua tangan atau bahagian abdomen akan dahulu bertumbuh daripada kedua kaki.  Pertumbuhan bermula daripada umum kepada khusus bermaksud anggota dan otot badan kanak-kanak pada mulanya menggunakan otot kasar, kemudian otot halusnya.  Kesannya kepada kebolehan psikomotor kanak-kanak yang boleh menggenggam sesuatu sebelum boleh menggunakan jari-jarinya untuk memicit dan mencungkil patung itik mainannya.

Corak dan susunan perkembangan yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza mengikut individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Begitu juga kadar menguasai kemahiran seperti membaca atau bermain bola berbeza dari individu ke individu lain walaupun diajar oleh guru dalam kelas yang sama.

Perkembangan anggota-anggota badan berkaitan saling mempengaruhi antara satu sama lain.  Di dalam permainan badminton, untuk  melakukan servis dengan betul, seseorang pemain, otot-otot kasar dan halus sudah cukup matang, koodinasi mata dan tangan yang baik, disamping mencapai tahap perkembangan kemahiran tersebut.

Tuesday 28 October 2014

Ciri-ciri Perkembangan


Ciri-ciri Perkembangan

Proses perkembangan berlaku secara berterusan daripada peringkat percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.  Seseorang boleh menambah ilmunya atau mengalami proses belajar mengenai benda dan perkara baru sepanjang hayatnya. Contohnya seorang datuk yang berumur 70 tahun belajar menggunakan tongkat untuk berjalan disebabkan kakinya telah lemah.  Perkembangan akan berterusan walaupun telah mencapai peringkat kematangan

Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat perkembangan tertentu.  Individu akan belajar tingkah laku yang sesuai dengan peringkat umurnya daripada orang-orang yang signifikan dalam hidupnya.  Contohnya bila seseorang telah menjadi ibu, dia akan mempelajari cara untuk menjaga bayi daripada emaknya. Tingkah laku yang dipelajari termasuklah cara memandikan bayi, cara memberi susu badan atau menyuap makanan pejal, menukar lampin dan sebagainya.

Perkembangan adalah perubahan dari segi kemahiran atau kebolehan. Misalnya kemahiran menggunakan anggota badan, kanak-kanak 2 tahun belum boleh menggunakan kakinya untuk mengayuh basikal sendiri. Oleh itu dia perlukan basikal yang disokong oleh dua roda kecil di kiri dan kanan tetapi kemahiran mengayuh dan mengimbang badan ini akan diperolehinya bila berumur 3 tahun. Contoh lain, kemahiran menggunakan bahasa atau sistem, kebolehan mengawal emosi dan kebolehan menyesuaikan diri dengan kawan akan berkembang apabila umur seseorang meningkat.

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Contohnya sekiranya seseorang kanak-kanak itu bapanya jurutera dan ibunya doktor, tentulah dia mewarisi kecerdasan ibu bapanya. Tetapi entah bagaimana dia telah hilang sejak kecil dan dijumpai serta dipelihara oleh orang asli dan telah tidak bersekolah.  Oleh itu apabila dia remaja dan bertemu semula dengan ibu bapanya yang sebenar, dia mungkin terus buta huruf oleh sebab bakanya tidak dapat berkembang dalam persekitaran yang sesuai.


Perkembangan adalah bersifat kumulatif terutama perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kehidupan kita sekarang dipengaruhi oleh apa yang kita lalui. Contohnya kanak-kanak yang tidak kenal nombor atau memahami konsep nombor, tidak boleh diajar operasi tambah dan tolak.
 
Images by Freepik